Sunday, 27 December 2015

Pengalaman melahirkan putera pertama

Kalau di ingatkan balik, anak ke tiga ni la paling lama sakit. 24hours! Sakit lama pun tak apa la, asalkan selamat lahir kat dunia. mamy redha je. haha. Mamy sakit natural, macam anak sulung dulu. Anak kedua je sakit induce (yang ni lagi terseksa sakit dia uii. Boleh refer post 2013 kat Sini )

15 November 2015

Pagi tu jam 8 pagi seronok sangat nak ke pasar tani di depan UTC Kuantan. Sempatlah jalan jalan round satu pasar beli barang barang basah etc. Dah terasa sakit perut sikit sikit pagi tu, tapi buat tak tau je sebab tak jangka pun nak bersalin. Kandungan baru 37weeks 3days. Ikut pengalaman anak lepas, 38weeks + baru bersalin. haha. Seminggu sebelum bersalin tu kerap rasa sakit kat laluan dah. Rasa baby dok gerudi je dari dalam.

Masa dalam perjalanan balik rumah tu dalam pukul 10.30 pagi, bagi tau suami " ayang rasa macam nak bersalin je ni. Tapi sakit tak kuat pun. 20 minit sekali camtu. tak consistent pun." Suami tanya nak pergi hospital tak? Ofcoz la tak nak lagiiii. Nak sakit betul betul baru pergi.

Ikutkan mamy ada GBS tau, tapi time tu memang tak ingat langsung kena drip antibiotik 2jam sebelum baby lahir. kah!

Sakit berlarutan sampai la ke malam. Pukul 10 malam dah start rasa sakit contraction 10 minit sekali. Sempat lagi malam tu ajak suami 'bersama' kononnya bagi cepat sikit baby keluar. Alasan, padahal kesian kat suami nanti kena cuti 3 bulan. Hahaha

16 November 2015

Jam 12 malam, sakit contraction non stop. Mata mengantuk tapi tak boleh tidur. Terlelap sekejap, bila sakit datang mesti terbangun. Berlarutan sampai jam 3 pagi.

Teringat ada Apps kat handphone, terus capai kira contraction berapa minit sekali. Masa anak sulung dulu macam ni la mamy kira sakit contraction.

Contraction 8 minit sekali 

Memang tak boleh tidur bila dah start contraction 5minit sekali. Suami pun tidur tidur ayam je bila tengok isteri dia sakit tahan contraction. Masuk jam 5 pagi mamy terus bangun masuk bilik air dan mandi. Bila mandi dapat kurangkan sikit sakit. Oh ya, masa ni mamy dah ada tanda brownies spot kat pantyliner + darah sikit.

Dah tak tahan sangat dah masa ni, Mamy terus solat sunat tahajut dan solat sunat hajat dulu sambil tunggu masuk subuh. Lepas je solat subuh, kemas kemas barang bawak masuk kereta. Rasanya dah start sakit 2 minit sekali dah ni.

Duduk kat sofa menonggeng la mamy bagi hilang sakit. Tapi ajaibnya dia TAK HILANG! hahaha
Masuk je kereta pun tak boleh duduk diam. Sakit menjadi jadi, seriusly mamy dah penat sangat. Sampai hospital jam 6:30 pagi macam tu. Terus masuk ke bahagian wad bersalin risiko rendah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Tunggu procedure dia, nak cek jalan lagi, tetiba doc takde pulak pergi solat subuh. Alahai, mamy dah tak tahan sakit dah.

Ada sorang doc yang kebetulan ada dia cekkan jalan dah 8cm. Cepat cepat tolak mamy masuk labour room. Suami setia menunggu kat luar masa mamy kena tolak dengan bed ke LR. Jam 7 pagi masuk labour room, mamy dah boleh teran. Suami pun ada teman masa ni.

Tenaga mamy memang tinggal 15% je kot. Bayangkan nak push keluarkan kepala je 3 - 4 kali cubaan baru berjaya. Ada jugak terjerit sikit. Suami kat sebelah dok Allahuakbar Allahuakbar.....haha. First time dia dapat tengok bini beranak depan mata. Sebelum ni semua terlepas moment.

Jam 7:20 pagi selamat la putera mamy keluar dari parut mamy dengan berat 2.6kg. Alhamdulillah, kelahiran paling lama setakat ni, dan kelahiran kedua tanpa jahitan. Mamy is happyyyyyyy
Scary giler kalau kena jahit uii. Masa anak sulung je jahit sebab baby position senget masa tu. Koyak sendiri, sendu je kena jahit. Haha

Lepas selesai semua, mamy terketar ketar laaaa tahan lapar & dahaga. Push tak ada tenaga langsung. Air tak minum apa pun tak sedia. Sedor sedor terus beranak. Fiuhhh, Lega dah mamy ada sorang putera pelengkap keluarga kecil mamy.

ABU HARITH AYSAR 

Lepas baby keluar terus doc bawak baby masuk wad scn , wad baby risiko rendah. Sebab kan mamy ada GBS dan tak sempat on antibiotik masa bersalin, jadi baby kena on antibiotik selama 5hari. Tapi anak mamy 3 hari je sebab result semua okay.

Buat ibu ibu yang ada GBS kena datang awal ye kalau dah ada tanda bersalin. Kalau tak jadi macam ni la. Tak dapat balik kena stay hospital. Haha

Terima Kasih sudi baca pengalaman mamy. Moga urusan kalian juga di permudahkan. Ameen