Thursday, 13 August 2015

Resepi : Kek Coklat Moist (Kukus)

KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan Kek :

Bahan A.
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara :

Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Pastikan api kecil. Sejukkan.
Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit), kemudian masukkan bahagian A. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. Kemudian, masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit.

Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Apa apa pun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu)
Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. Angkat dan tunggu sejuk baru boleh potong.

Bahan untuk Topping (ganache)

Bahan :

300 gm coklat masak > dipotong kecil

1 sudu besar susu pekat

1/2 cawan susu cair

2 sudu besar butter

1/4 cawan air panas

Cara:

Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.

Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

Curahkan 1/2 dari ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

Biarkan lebih kurang 15- 30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.

Panaskan kembali lebihan ganache tadi(kaedah double boiler) dan masukkan air panas.

Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.

Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment