Sunday, 2 August 2015

Berniqab dan Menanggalkannya

Assalamualaikum,

Setahun sudah mommy menanggalkan niqab. Kadang terasa sedih bila tengok sahabat-sahabat berniqab. Sedih sebab rindu!

Empat tahun mommy mengenakan niqab di wajah. Sejak tahun 2010, Sebelum bernikah lagi. Ketika itu mommy masih berumur 19 tahun dan belajar di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar Kedah.
Tapi mommy tidaklah meletakkan niqab itu wajib ke atas diri mommy. Sebaliknya, sebagai pelindung untuk mommy dari fitnah manusia. Belajar pula di Kolej Islamik yang kebanyakannya menjaga dan terjaga.

Sepanjang mengenakan niqab di wajah, pelbagai cabaran dan dugaan yang mommy kena tempuh. Alhamdulillah, sahabat dan rakan sekelas dan sebilik menerima dengan baik. Family, agak baru bagi diorang tengok orang berniqab. First time balik kampung berniqab, ibu dan ayah mommy kata "macam ninja anak abah.." kahkahkah! Ninja la kan, for protecting our self. Syukur, family terima baik juga. Even, ada la jugak ibu mommy mengajukan soalan-soalan tak puas mengenai pemakaian sunnah ni. Tak mengapa, diorang masih baru nak tahu. Keluarga mommy bukanlah dari golongan keluarga yang berilmu agama yang tinggi. Boleh kata sangat sederhana. Alhmadulillah, sikit-sikit kita bawa.

Selepas berkahwin tahun 2011, yang membawa cabaran berniqab adalah bila mempunyai anak pada tahun 2012. Syukur, anak sulung tiada masalah mommy pakai niqab. Boleh kenal mommy walaupun tak nampak muka mommy dia. Good girl sangat! Tapi nak makan sambil dukung baby, sangat la susah. Makan dengan suami pun bergilir-gilir. Ada masa tengah makan, mommy terpaksa selak niqab ke atas bagi mudah makanan masuk mulut. Ada juga mata yang meliar memandang, mommy buat tak tahu.

Tahun 2013, selepas lahirkan anak ke dua mommy. Sangat berbeza, sebab Hanania suka tarik niqab mommy. Kekadang kat khalayak ramai. Mungkin sebab tak nampak muka mommy dia. Sometimes, mommy lemas juga. Sebab ramai juga mata yang memerhatikan mommy.

Akhirnya, tahun 2014 ketika bulan ramadhan suami mommy suruh buka niqab. Tak perlu pakai niqab. Atas sebab-sebab yang tertentu dan peribadi. Akhirnya mommy akur permintaan suami. Memandangkan anak lebih selesa dapat tgk muka mommy bila berjalan di shopping mall atau makan di restaurant.

Bermula lah selepas itu, ada mulut yang bertanyakan kenapa dan mengapa.
Even, saudara sendiri.
Yang paling tidak boleh mommy lupa bila ada yang bertanya depan-depan,

Polanah : "Kenapa tak pakai lagi niqab?"

Mommy : "Oh, lama da bukak. Dari bulan puasa tahun sudah. Suami suruh buka. Atas sebab peribadi dan anak-anak."

Polanah : "Tu lah! Masa sebelum pakai tu tak nak pikir betul-betul. Kau ni pakai main-main je ye!"
(Kata si polanah dengan nada yang agak keras)

Mommy : (Hanya melemparkan senyuman, dan cepat-cepat salam dan bergegas ke kereta yang suami sedang menunggu)

Menitik jugak lah air mata bila di kata mempermainkan pemakaian sunnah. Sedangkan telah pun berkata di situ pakaian sunnah. Meninggalkannya tidak berdosa. Memakainya dapat pahala. Tapi biarlah kena niat.

4tahun mommy kemana pun tetap berniqab. Takkan tak sayang. Takkan suka-suka nak buka tanggal. Syukur Alhamdulillah, family memahami.
Apa pun, janganlah meletakkan seseorang yang menanggalkan niqabnya sebagai pendosa dan mempermainkan pakaian isteri-isteri Nabi.

Satu pesanan buat adik-adik atau sesiapa yang baru berniat nak mengenakan niqab. Pandang dulu niat. Sebab apa, untuk apa. Kalau sebab kerana nak nampak cantik, di pandang ramai atau seangkatan dengannya tidak usah lah sayang. Jika Lillahi taala, maka teruskanlah. Siapa pun kita jika niat untuk berhijrah untuk yang lebih baik, insha Allah. ALLAH akan tanamkan kita rasa cinta pada sesuatu yang ianya baru permulaan bagi kita. Terus istiqomah.

Semoga Allah memberkati setiap perbuatan kita dan semoga redha dari suami itu juga, mendapat redha dari Allah s.w.t. Insha Allah.

Salam blogger,
Mommy Bea

No comments:

Post a Comment