Wednesday, 25 November 2015

Ahlan wa sahlan Harith

Alhamdulillah, selamat melahirkan bayi ke tiga seberat 2600g pada 16 Nov.2015 pada jam 0720 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

Ahlan wa Sahlan Putera Sulung di kalangan puteri -puteri Mommy!

Wednesday, 26 August 2015

Persiapan Menyambut Si Buah Hati



Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Info penuh dari : Mom Dreams

Thursday, 13 August 2015

Resepi : Kek Coklat Moist (Kukus)

KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan Kek :

Bahan A.
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara :

Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Pastikan api kecil. Sejukkan.
Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit), kemudian masukkan bahagian A. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. Kemudian, masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit.

Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Apa apa pun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu)
Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. Angkat dan tunggu sejuk baru boleh potong.

Bahan untuk Topping (ganache)

Bahan :

300 gm coklat masak > dipotong kecil

1 sudu besar susu pekat

1/2 cawan susu cair

2 sudu besar butter

1/4 cawan air panas

Cara:

Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.

Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

Curahkan 1/2 dari ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

Biarkan lebih kurang 15- 30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.

Panaskan kembali lebihan ganache tadi(kaedah double boiler) dan masukkan air panas.

Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.

Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.
Selamat Mencuba!

Friday, 7 August 2015

Hanania Turns 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 6hb August 2013 lahir seorang Mujahidah kecil seberat 2.2kg secara induce dibulan Ramadhan 2tahun yang lalu.

Dan pada 6 August 2015, Mujahidah yang lahirnya disambut dengan rasa syukur di bulan mulia dan dirai gembira dengan syawal sudah pun berusia 2 tahun.

Sekejap saja masa berlalu.
Hanania kian membesar dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku yang tidak dijangka.

Sungguh, melihat anak membesar depan mata ini memberi kepuasan yang tidak terungkap. Sayu tatkala melihat kesedihannya, ketawa tatkala melihat keletahnya yang mencuit hati, bahagia tatkala melihat mereka gembira.

MashaAllah. Allahuakbar, Alhamdulillah atas setiap nikmat Tuhan.

Mommy doakan Ummul Hanania Islam tergolong dalam kalangan orang orang yang beriman, bertaqwa, mujahidah yang solehah, dan segala kebaikan yang ada di doakan ada pada Hanania buah hati Mommy.

Tidak akan ada pengganti Hanania dalam hati mommy. Kerana Hanania, adalah Hanania mommy. Mommy, Abah, Kakak Haseena dan Adik Baby H sayang Hanania to the moon and back. Atau erti kata lain, we love you till Jannah Firdausi ya Habibty.

Sanah Helwah Baby Mommy!
UMMUL HANANIA ISLAM BINTI ABU ZAR

Salam sayang,
Mommy Bea

Tuesday, 4 August 2015

Cinta Kalam Allah

Assalamualaikum,
Mashaa Allah.

Terkesan dengan quote bergambar yang di post oleh Dr. Anwar Fazal.

Benarlah,
Kadang kadang kita rasa da cukup bagus baca alquran everyday.
Kadang kadang kita rasa da cukup bagus baca alquran dengan lancar.
Tapi dalam cukup bagus, ada terselit yang tak bagus.

Kita baca tapi tak hayati.
Kita baca tapi tak selami.
Kita baca tapi tak ikuti.

Allah Allah Allah

Terduduk kita bila dengar cerita orang yang buta, begitu cinta kan alquran.
Tak mampu lihat ayat ayat kalam Allah, tak mampu nak fahami dan dalami.
Setiap malam menangis kerana begitu rindukan alquran.
Terlalu sedih kerana tak dapat baca alquran dan menghayati kata kata Allah. Memeluk alquran dan mencium alquran setiap kali sebelum tidur sambil diiringi air mata.

Sehingga akhir hayatnya.
Allah terangi cahaya dalam kuburnya. Cahaya menerangi sehingga ke atas langit.
MashaAllah. Sedangkan dia bukan orang alim. Bukan berilmu dan berpangkat. Hanya seorang tua yang tinggal di perkampungan. Alquran yang dia dampingi itulah yang mendampinginya di alam kubur. Yang memerangi setiap gelepan. Allah!

Sedang kita menatap setiap hari Kalam Allah. Mampu membaca dengan mudah. Mampu hayati, mampu fahami. Tapi, apa yang kita perolehi dalam setiap bacaan kita? Apa mampu kita mencintai Kalam Allah seperti mana seorang tua yang buta mencintainya? 

Allahuakbar!

Moga moga kita juga turut cinta akan alquran.
Mendampingi dan hayati setiap kata kata dalam kalam Allah.
Moga moga menjadi cahaya menerangi pusara kita nanti.
Aameen ya Rabb!

Sama sama berubah. Sama sama berhijrah. Tak perlu tunggu hidayah Allah. Sedangkan semuanya bermula dari hati kita sendiri. Insha Allah.

Salam blogger,
Mommy Bea

Monday, 3 August 2015

Supplement Untuk Kandungan Ketiga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah beri sedikit ujian tidak sihat pada mommy. Mudahan baby kat dalam sihat. Aktif! Pejam celik, baby kat dalam sudah pun berusia 23minggu. Masuk bulan ke 6!

Untuk kamdungan yang ke 3 ni, mommy nak share supplement tambahan yang mommy makan.

Kalau dulu, masa preggy Haseena mommy tak ambil sebarang ubat tambahan. Sama ada dari Klinik atau pun ubat-ubat farmasi dan sebagainya. Sebaliknya, mommy hanya makan makanan alami macam makanan sunnah dan buah-buahan. Paling suka makan buah tembikai dan mangga! Everyday makan sampai nak deliver tau. Satu lagi, Air Kelapa wajib!

Masa lahirkan Haseena, kulit dia sangat bersih gebu gebas, merah + putih susu. MashaAllah! Lahir pun berat cuma 2.4kg je. Senang mommy push. 

Preggy Hanania, mommy mula makan ubat-ubat yang Klinik Kesihatan bekalkan. Obimin. Dengan alasan, mommy nak berat anak mommy lebih dari kakak Haseena. Sebab kakak Haseena lahir under weight <2.5kg.
Mommy pulun jugak la, makan buah tapi tak kerap. Makan makanan sunnah tapi tak banyak. Makan normal macam biasa. Mengidam macam biasa. Sepanjang mengandung dari Haseena dan Hanania, mommy tak alami sebarang morning sickness. Alhamdulillah.
Masuk bulan ke6, mommy makan pulak Omega untuk Hanania dalam kandungan, sampai la ada Scan rutin 30weeks.. doc dapat kesan Hanania membesar tak sama dengan minggu. Beza 3minggu. 30minggu tapi hanania cuma 27minggu. Sehingga la lahir secara paksa, dengan berat 2.2kg. Still under weight <2.5. 

Untuk kali ke 3, mommy cuba makan supplement lain dari Obimin atau ubat Klinik Kesihatan. Mommy makan SHAKLEE.
Mommy tak tahu, kenapa mommy jadi jatuh centa dengan shaklee.
Bermula dengan kebaikan Vita-Lea Iron Formula dan Kemudian Vita-C shaklee dan seterusnya Ostematrix untuk tulang.

Setiap kali preggy, memang takkan lari dari sakit tulang belulang. Terutama bahagian pinggul. Alhamdulillah, lepas amalkan ostematrix setiap malam, kurang sakit tulang.
Makan vita-lea pulak, buangan mommy lancar je. Takde sembelit! Beza sikit dari yang sebelum ni. Mommy yakin dengan Shaklee.

Selain tu, mommy makan jugak Kurma dan makanan sunnah yang lain tapi kuantiti yang sikit dan tak kerap macam awal pregnant haritu. Kali ni, mommy mengalami morning sickness yang agak teruk juga, berbeza masa preggy kakaknya tak mabuk langsung! Merasa la jugak mommy macam ibu lain yang alami morning sickness ni. Aumm. Hehe

Mommy nak tengok pulak perbezaan anak ke tiga ni nanti. Berat normal atau sama macam kakak-kakaknya.
Moga membesar dengan sihat si kecik kat dalam. Kalau di takdirkan awak kecik juga, memang Allah bagi mudah untuk mommy lahirkan anak-anak yang kecik dan membesar kat luar. Kah!

Apa pun makanan tambahan ni cuma asbab je. Penting ni, kena jaga pemakanan untuk kesihatan bersama. Kita jaga dua nyawa tau. InshaAllah, yang memberi dan menentukan Allah s.w.t . Apa pun, moga-moga lahirkan baby sihat sempurna, insha Allah.

Salam blogger,
Mommy Bea

Sunday, 2 August 2015

Berniqab dan Menanggalkannya

Assalamualaikum,

Setahun sudah mommy menanggalkan niqab. Kadang terasa sedih bila tengok sahabat-sahabat berniqab. Sedih sebab rindu!

Empat tahun mommy mengenakan niqab di wajah. Sejak tahun 2010, Sebelum bernikah lagi. Ketika itu mommy masih berumur 19 tahun dan belajar di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar Kedah.
Tapi mommy tidaklah meletakkan niqab itu wajib ke atas diri mommy. Sebaliknya, sebagai pelindung untuk mommy dari fitnah manusia. Belajar pula di Kolej Islamik yang kebanyakannya menjaga dan terjaga.

Sepanjang mengenakan niqab di wajah, pelbagai cabaran dan dugaan yang mommy kena tempuh. Alhamdulillah, sahabat dan rakan sekelas dan sebilik menerima dengan baik. Family, agak baru bagi diorang tengok orang berniqab. First time balik kampung berniqab, ibu dan ayah mommy kata "macam ninja anak abah.." kahkahkah! Ninja la kan, for protecting our self. Syukur, family terima baik juga. Even, ada la jugak ibu mommy mengajukan soalan-soalan tak puas mengenai pemakaian sunnah ni. Tak mengapa, diorang masih baru nak tahu. Keluarga mommy bukanlah dari golongan keluarga yang berilmu agama yang tinggi. Boleh kata sangat sederhana. Alhmadulillah, sikit-sikit kita bawa.

Selepas berkahwin tahun 2011, yang membawa cabaran berniqab adalah bila mempunyai anak pada tahun 2012. Syukur, anak sulung tiada masalah mommy pakai niqab. Boleh kenal mommy walaupun tak nampak muka mommy dia. Good girl sangat! Tapi nak makan sambil dukung baby, sangat la susah. Makan dengan suami pun bergilir-gilir. Ada masa tengah makan, mommy terpaksa selak niqab ke atas bagi mudah makanan masuk mulut. Ada juga mata yang meliar memandang, mommy buat tak tahu.

Tahun 2013, selepas lahirkan anak ke dua mommy. Sangat berbeza, sebab Hanania suka tarik niqab mommy. Kekadang kat khalayak ramai. Mungkin sebab tak nampak muka mommy dia. Sometimes, mommy lemas juga. Sebab ramai juga mata yang memerhatikan mommy.

Akhirnya, tahun 2014 ketika bulan ramadhan suami mommy suruh buka niqab. Tak perlu pakai niqab. Atas sebab-sebab yang tertentu dan peribadi. Akhirnya mommy akur permintaan suami. Memandangkan anak lebih selesa dapat tgk muka mommy bila berjalan di shopping mall atau makan di restaurant.

Bermula lah selepas itu, ada mulut yang bertanyakan kenapa dan mengapa.
Even, saudara sendiri.
Yang paling tidak boleh mommy lupa bila ada yang bertanya depan-depan,

Polanah : "Kenapa tak pakai lagi niqab?"

Mommy : "Oh, lama da bukak. Dari bulan puasa tahun sudah. Suami suruh buka. Atas sebab peribadi dan anak-anak."

Polanah : "Tu lah! Masa sebelum pakai tu tak nak pikir betul-betul. Kau ni pakai main-main je ye!"
(Kata si polanah dengan nada yang agak keras)

Mommy : (Hanya melemparkan senyuman, dan cepat-cepat salam dan bergegas ke kereta yang suami sedang menunggu)

Menitik jugak lah air mata bila di kata mempermainkan pemakaian sunnah. Sedangkan telah pun berkata di situ pakaian sunnah. Meninggalkannya tidak berdosa. Memakainya dapat pahala. Tapi biarlah kena niat.

4tahun mommy kemana pun tetap berniqab. Takkan tak sayang. Takkan suka-suka nak buka tanggal. Syukur Alhamdulillah, family memahami.
Apa pun, janganlah meletakkan seseorang yang menanggalkan niqabnya sebagai pendosa dan mempermainkan pakaian isteri-isteri Nabi.

Satu pesanan buat adik-adik atau sesiapa yang baru berniat nak mengenakan niqab. Pandang dulu niat. Sebab apa, untuk apa. Kalau sebab kerana nak nampak cantik, di pandang ramai atau seangkatan dengannya tidak usah lah sayang. Jika Lillahi taala, maka teruskanlah. Siapa pun kita jika niat untuk berhijrah untuk yang lebih baik, insha Allah. ALLAH akan tanamkan kita rasa cinta pada sesuatu yang ianya baru permulaan bagi kita. Terus istiqomah.

Semoga Allah memberkati setiap perbuatan kita dan semoga redha dari suami itu juga, mendapat redha dari Allah s.w.t. Insha Allah.

Salam blogger,
Mommy Bea

My Growing Girls

Assalamualaikum,

My third years being a mommy's.
Sangat-sangat mencabar!
Tapi, penuh dengan beautiful moment dengan anak yang kian membesar.
Seriusly, bila they all dah besar..this mommy really really miss the time diorang baby. Fresh out from mommy tummy! Masha Allah. Kuasa Allah kan.
Even sakit bersalin tu ibarat nyawa dihujung tanduk, still seorang perempuan itu nak melahirkan lagi zuriat.

Anak sulung mommy, Haseena dah jadi big girl sekarang. Already 3years 2month. How fast she grows now. Allahuakbar.
Sangat petah berkata-kata. Since mommy preggy baby ke tiga, anything mommy minta dia tolong dia akan tolong.
Sampaikan adik dia pun dia mandikan. Kahkahkah. I just laughing at her when i see she do the same thing i do to their lil sister when take a bath. How cleaver she is! I hope and i pray, may Allah bless Ummul Haseena Iman, full her heart with iman and kindness, and solehah. Aameen! InshaAllah.

My second daughter, Hanania pun sama dah big girl. Dah boleh dengar arahan, even very slow respond dia. She's so manja and anything she do need mommy help. But, she so rajinnnnnnn. Kalau mommy dah duduk kat dapur tu, menumbuk ke potong sayur or something..dia dulu datang dekat and "kacau" mommy buat kerja. Kadang mommy jadi singa sebab Hanania not a good listener. Hahaha! Btw, she's going turn 2 years in 6 August 2015.
Mommy pulak yang cuak counting her birthday sebab nak buat celebration plus Open House untuk Hari Raya! Ahh. Hope mommy ready and stay healthy on that day. Mommy doa yang sama juga buat Hanania moga besar jadi anak yang solehah just like your sister Haseena!

Mommy tak tahu 10 tahun akan datang macam mana anak mommy.
From this age, mommy kena train anak mommy to be a good girl and kena ajar ilmu-ilmu agama. Dunia semakin tua, mommy pun tak tahu sampai bila mommy still hidup. Mommy tak nak jiwa anak mommy kosong. I love both of you and your coming soon "adik". May Allah make easy for mommy and our family untuk dekat sentiasa dengan-Nya.
Our self is belongs to Allah. And this borrowed world. Alhamdulillah!

Salam blogger,
Mommy Bea

Friday, 31 July 2015

Kembali

Assalamualaikum.

Setelah hampir dua tahun senyap tanpa berita. First time update untuk sekian kali nya untuk tahun 2015.

Bersarang penuh dalam blog mommy.
Sikit lagi nak roboh di makan anai2.
Boleh dah di kategorikan blog berpuaka.
Kah!

Any news in 2015?
Syukur Alhamdulillah.
Anaknda yang sulung Ummul Haseena Iman sudah berusia 3 tahun.
Anaknda yang kedua Ummul Hanania Islam pula beberapa hari saja lagi menyambut hari kelahiran yang ke 2 tahun.

InshaAllah. Dipenghujung 2015, akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata ke 3. Rezeki anak rapat. Hehe

Pejam celik, da 4tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta.
Tahun ke 4 dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebagai suami isteri dan juga ibu bapa.
Alhamdulillah, bertuahnya bila diberi nikmat yang tak terhingga ini dari Allah s.w.t.

Moga-moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih-sayang Illahi.

Salam blogger,
Mommy Bea