Thursday, 29 August 2013

Hanania prolong jaundice

Setahun yang lalu, aku di uji dengan Haseena yang disahkan prolong jaundice.. Semua jamu2 atau makanan2 herba daku tak boleh makan disebabkan masalah kuning nya yang berpanjangan hampir 4bulan!

Dan hari ke 20, aku di uji sekali lagi untuk menghadapi prolong jaundice yang di alami Hanania.. Ye, isnin yang lepas doctor sahkan Hanania prolong jaundice! Sampai sekarang tak hilang lagi kuning si kecik ni..
Faktor utama yang menyebabkan terjadinya prolong jaundice pada si kecil ini hanya sebab lahir tak cukup berat.. tubuh kecik 2.2kg saje.. sama jugak mcm si kakak setahun yang lepas, 2.4kg..

Walaupun daku da berpengalaman menghadapi anak yang kena prolong jaundice ni, tetap jugak aku berjaga jaga dan debar nak hadapi dia hari hari..
Lain anak lain caranya.. tak semua sama..
Kali ni, tak sure berapa lama pula makan masa untuk jaundice Hanania ni akan hilang..
Haseena jaundice dia agak kuat dulu, sampai nampak kulit dia gelap mcm mamak.. Hanania kuning dia rendah, jadi tak berapa gelap sgt kulit.. still look like korean2 gitu.. *pewasan*

Jangan lama lama sangat dah la nak oii.. mak engkau ni nak lawa lawa gak.. lawa luar dalam.. kena makan jamu2 , herba2 baru mengancam! Haha.. please ye sayang.. ;p

Semoga Hanania cepat sihat! Doakan ye ;)


Saturday, 24 August 2013

Pengalaman lahir puteri kedua secara induce

Assalamualaikum,


Pejam celik, masuk dua tahun kawin anak pun dua da haa
Sorang da setahun 3bulan , setahun satu !
Harini hari ke 18 berpantang :)
Alhamdulillah, di beri kesempatan dan mood untuk menaip
Kongsi cerita beranak hari tu 
Mesti ada yang tertunggu tunggu pengalaman mommy yang bersalin paksa ni kan

Kenapa kena paksa? Hari tu kan masalah baby kecik, lari dlm 4minggu jugak la dari usia kandungan.. almost 8weeks doctor dok review saje, then doctor pakar buat keputusan suruh mommy induce.. takut baby kat dalam kenapa kenapa, so jalan penyelesaian bersalin awal.

 1st masuk ubat kalau laluan tak buka, masuk ubat kali ke 2.. if kali ke 2 tak buka jugak, masuk ubat kali ke 3.. kali ke 3 laluan buka tapi hanya 1-2cm , kena siap sedia untuk di operation.. Biasanya, kali ke 4 masuk ubat tetap tak berjaya untuk bersalin normal.. kalau terlalu lama biarkan, baby boleh lemas.. mohon dijauhkan!

5 August 2013

Jam 8.45pg : Suami hantar pergi hospital besar kuantan untuk appointment dengan doctor pakar.. cek sana, review sini, bincang itu ini .. then doc bagi surat suruh masuk wad terus.. cadang jam 2 akan di induce..

Jam 11pg : "Selamat datang ke hotel lima bintang sayang .." kata suami pada isteri nya.. nak gelak tahan je mommy.. so, menginap la daku di hospital ini bersama ibu ibu lain yang nak beranak..

Jam 2 ptg : Tunggu punya tunggu, doktor india berpangkat dato' kata "tak jadi induce today, esok pagi pukul 7 kasi masuk ubat.. hari ini banyak operation kena buat.." "hari ini saje 4 operation saya kena handle.." aiyoyoooo.. dalam hati mommy kata 'kalau aku tahu, baik aku masuk esok je wad ni' 

Mommy pun hangguk hangguk, senyum memanjang :) kah!

6 August 2013

Jam 3pagi : nurse kejut untuk amik tekanan darah.. siap pesan nanti pepagi lepas subuh mandi siap2. Lepas subuh tu nanti doc datang induce. Oh mommy pun angguk je

Jam 7.30pagi : nurse panggil masuk bilik rawatan untuk masuk ubat.. punya la tunggu dari 6.30pg , pukul 7.30 baru nak panggil.. sempat memarah kejap dalam hati sambil mulut ngomel tah hape hape.. tengok dlm bilik doc da tunggu, doctor chinese.. get ready semua, doc pun masukkan ubat induce ikut tuuttt hang.. boleh tahan ubat dia mcm panadol active5 tu, sebijik kot.. doc tu kata mahal ni, sebiji RM80.. oo makk aii.. yang pasti kena seluk ni tak sakit!

Dari lepas masuk ubat Mommy tak rasa apa reaction pun dari ubat tu.. sempat buat ctg 2 kali.. jenjalan 3 4 round dalam wad.. melawat member2 dlm wad yang da selamat bersalin kat wad sebelah.. giler excited tgk dorang da pegang baby memasing.. ada yang 3 hari duduk dlm wad baru bersalin, ada yang sorang akak ni preggy anak no.9 da 3hari tak bersalin jugak. Cobaan!

Jam 12 tengahari : masa ni da start rasa contraction sikit2.. boleh kata sakit yg boleh tahan lagi la.. sakit memain.. 10 minit sekali.. still Mommy boleh bergurau senda dgn member2 seperjuangan.. sempat jugak mommy membuang ayaq besaq 2 kali.. senang nak beranak tak payah masuk ubat buang najis!

Jam 2petang : Lepas selesai Mommy solat zuhur, tiba masa cek laluan rahim da buka berapa cm.. punya tak sabaq kot kot da 4-5cm  ke kan *berangan* 


Doctor india perempuan yg comel tu panggil, elok betul Mommy orang first dia cek.. siap tanya kat dia " siapa yg cek ni..?" Soal mommy takut la kot2 doc lelaki kan. Tak mau! " saya la.. kenapa  tak mau saya cek ke? kalau tak mau saya panggil orang lain cek" jawab doctor tu.. sengeh je la mommy macam kerang rebus.

Semalam cek bukaan sebelum masuk ubat, da ready 2cm da.. kali ni lepas masuk ubat cek bukaan baru 3cm .. bayangkan dari 7.30 sampai 2petang 1cm je yg berjaya terhasil? Omaigadd.. Perihal seluk menyeluk tadi kan ,bila dia seluk je ok lagi tak sakit sangat.. tapi bila tiba part dia godek godek tu yg buat Mommy tak tahan.. rasa nak tendang doc tu pun ade.. naseb mommy cool lagi.. buat relex je tahan.

Lepas je dari proses cek bukaan, bermula la contraction yang kuat hasil dari godek godek doctor tadi.. Ya Allah! Boleh kata 1minit sekali mesti sakit tahap tonggeng menonggeng punya lah!


Mommy jadikan masa ni masa mempercepatkan bukaan.. so, mommy round satu wad da macam big boss lawat kawasan.. jalan da tak laju sebelum ni.. kekejap sakit, sampai mommy rasa mcm da give up nak jalan. Keluar masuk tandas nak tengok kot kot ade tanda lendir campur darah ke kan.. tapi hampa.. bersih je pad yg mommy pakai.

 
Lastly mommy disight nak baring je kat katil sebab tak larat.. mujur ada sorang kakak yang mommy kenal kat instagram beri sokongan moral kat mommy masa tu.. suami pulak takde sbb waktu lawat 1-2ptg saje.. keseorangan menahan sakit, Allah saja yang tahu.

Jam 3.30petang : sejam sengah  berlalu begitu saje dengan dengusan sakit yang Mommy hadapi.. mulut tak henti2 baca doa nabi yunus dan ayat kursi.. " Ya Allah permudahkan la aku lahirkan anak ini mcm anak sulung dulu.. " doa Mommy dlm hati.


Subhanallah.. sakitnya 2kali ganda sakit dari sakit nak bersalin secara semulajadi..  jauh beza sakit masa nak lahirkan haseena dulu.. Tak caya korang baca pengalaman Mommy lahirkan anak sulung tu dulu.. serius! Habis cadar katil ditarik tarik.. orang pandang buat dek je.. orang nak sembang, mommy rasa mcm nak marah.. haha.. giler tak tahan kot.. kalau la kat wad tu mommy sorang memang da berguling dari depan sampai belakang da masa tu.

Masuk2 toilet kejap cek kat pad 'woowww! Da keluar tanda darah..' mcm syok je kan.. tapi buat relex2 , padahal happy kemain..  konon tak nak cek jalan dulu, nak make sure bila cek nnt da full *berangan lagi* .. Akhirnya hampir setengan jam menahan, punya la tak tahan sangat, Mommy disight nak cek bukaan gak!

Jam 4petang : terkedek kedek mommy masuk bilik rawatan nak cek bukaan.. tak tahan punya pasal.. nurse pun masuk cek bukaan.. "sakit kuat ke dik?" Nurse tanya, Mommy angguk  "Eh! still 3cm and soft.. " kata nurse tu.. Allah! Punya la sakit mcm nak terberanak da tapi still 3cm.. mcm tak berkesan je ubat tu kan..nak bebel bebel pun tak larat.. rasa nak menangis lele tu gak tau.. duduk kat katil , Mommy start la mengerang balik.. berpeluh peluh walaupun kipas laju kat atas kepala, dengan angin luar tetap buat mommy berpeluh. 

Tetiba suami mesej kata nak berbuka puasa sesama nanti kat wad.. ' pukul 5 abang datang' .. Mommy tak balas sbb tak berdaya.Tapi tetap menunggu suami datang, tak sabar nak mengadu nasib.. *konon mintak simpati*

Jam 4.50petang : mertua mommy pulak tepon.. dok tanya da bersalin ke belum.. Mommy cakap belum, boleh pulak dia tanya balik "belum bersalin lagi??" Hadoii.. memang tak berdaya nak berborak atau jawab soalan, last2 mommy letak je tepon.. soalan yang bikin sakit mental time2 nak berperang ni. Haha


Sesi berguling still berjalan seperti biasa sehingga la tiba tiba ada air keluar .. basah! Tadi Mommy cuma teran teran bagi hilang sikit sakit tak sangka keluar air .. confius air kencing ke air ketuban? kebetulan nurse lalu, mommy pun cakap kat nurse.. nurse suruh masuk bilik rawatan untuk cek..

Jam 5petang : sekali lagi masuk bilik ni dan ternampak di situ sorang nurse.. mommy tak peduli da, nampak katil terus baring sambil guling lagi kat situ.. tanggal panties yg da byk dgn darah.. Memulas mulas sungguh perut, dan terdengar nurse dan doctor bersembang tentang kondisi Mommy yang sakit kuat.. memasing mcm tak keruan, takut bukaan jalan da full.. "jangan la doctor jangan la.." kata nurse tu risau kat doc tu.. eh kalau boleh orang nak full , ade ke kata jangan.. mahu saje mommy luku kepala nurse tu. Huh!


Tetiba doctor cakap " Eh! da 7-8cm da ni.." fuhhh gila cepat benau dari 3cm ke 8cm dlm masa sejam? Kes teran ke ape? "Air ketuban ade lagi ni.." kata doc tu lagi.. ha sudah! Air kencing ke tadi? Haha.. malas pikir.. yang pasti nak hentikan kesakitan ini.. mulut tak henti2 berdoa dan baca ayat2 suci alQuran.. mohon mudah bersalin..

Kelam kabut la nurse menyiapkan mommy naik katil utk tolak masuk labour room.. "awak mengiring ye dik jgn baring.. bagi lambat sikit bersalin.." mommy buat seperti yg disuruh.. semua yang dalam wad tgk saje mommy yang da di sorong.. ya Allah teringat kat suami, siap pesan kat nurse telefon suami saya ye. Emergency, phone tak sempat capai. Tu diaa haih!

Masuk je labour room tanggal segala bagai, nurse sarung kan baju khas utk operasi beranak..
Atas katil labour room pun still lagi berguling tak tahan, kaki tak duduk diam.. nampak nurse, Mommy pun capai tangan dia sbb nak bagi cool sikit.. tapi nurse tu perlahan lahan lepas kan tangan mommy.. sobb. Suami tak sampai lagi, nurse kata takde jawapan masa call suami..

Tak lama terasa sakit nak meneran, menjerit la mommy cakap kat sekalian nurse nak teran da.. semua get ready.. ya Allah! Kuatkan la kuatkan la.

First try, terasa kepala hampir keluar, kali kedua teran keluar kepala.. nurse suruh hold down dulu.. but sorry nurse "tak boleh!" Jerit Mommy perlahan.. Meluncur laju la si kecil keluar dari rahim ini tepat jam 5.20 petang.

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Nurse ketawa gembira, mudah sangat bersalin awak ni kata nurse yg sambut baby.. Masya Allah! Selang 3minit kemudian suami berlari masuk labour room cari Mommy.. "Da bersalin da? " terkejut suami tgk isterinya da bersalin.. "dua kali da abang tak sempat tengok.." ye dua kali suami tak sempat menyaksikan detik kelahiran puteri puteri kami.. Allah mengatur sesuatu.. satu ciuman singgah di pipi dan dahi.. terima kasih sayang..

Terdengar suara suami meng iqamat puteri kami.. time tu la berlinang air mata.. Subhanallah mahasuci Engkau yang memudahkan kelahiran hambaMu dan umat nabiMu ya Allah..

Segala kesakitan yang mommy alami tadi hilang sekelip mata.. dan Alhamdullillah, proses kelahiran kali ni tak ade luka atau koyakan yang berlaku.. terkejut jugak bila dengar nurse tu kata takde koyak.. "tapi rasa pedih je nurse kat situ.." "melecet je tu yang awak rasa sakit tu.." balas nurse dengan senyuman.. Alhamdulillah Alhamdulillah ucap mommy depan nurse tu.. bersyukur sangat tak kena jahittt! Hehe..

Selamat mommy melahirkan bayi perempuan
6 Ogos 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434H
Jam 5.20 petang
Seberat 2.2kg
Sihat tubuh badan dan sempurna, In shaa Allah!
Baby raya.. yeaayy!

Kali ni suami pulak beri nama buat puteri keduanya
UMMUL HANANIA ISLAM BINTI ABU ZAR
Hanania yang bermaksud dikasihi Tuhan
Islam bermaksud penyerahan :)
Doakan yang terbaik buat anak ini.. terima kasih

So, kepada bakal2 di induce.. janganla risau.. sakit yg Allah beri tak seberapa berbanding nikmat yg Allah beri selepas tu.. syukur, sakit contraction dari jam 2 - 5 petang saje.. Allah permudahkan.. mungkin sebab daku laluan da buka 2cm sebelum induce.. kita meminta, Allah mendengar.. In shaa Allah :) Sorry, Karangan Panjang! Kah.

Salam blogger, 

Mommy Bea

Sunday, 18 August 2013

Selamat melahirkan little princess kedua

Alhamdulillah! Tanggal 6 August 2013 jam 1720 bayi perempuan selamat di lahirkan ;)
Kelahiran secara paksa! Hewhew

Maaf da hari ke 12 baru umum kelahiran kat blog..
In shaa Allah, ada kelapangan akan daku berkongsi pengalaman bersalin kali kedua ni pula ye..

Nak menaip kena ade mood tak gitu?
Doakan ummi & baby cepat sihat :)