Tuesday, 19 March 2013

Mertua sebumbung?


Setahun lebih sudah daku berumah tangga dengan lelaki bernama Abu Zar
Anak kepada arwah Abu Hassan & Hendon 
Selama itu juga la daku tinggal sebumbung dengan mertua yang ku panggil ummi ;)
Selama itu juga la daku kenal lebih lagi pasal mertua ku ini..

mertuaku yg comel :)


Ramai yang berpendapat, duduk dgn mertua ni tak best, takde privasi, ada juga yang tak suka langsung duduk dgn  mertua yg konon nya mertua cerewet, mertua tak suka & mcm2 perspektif yg negatif.
Alhamdulillah, Allah berikan daku mertua yg sangat baik, memahami, dan yg paling best sporting habis macam kawan je.
Segala masalah (selain hal rumah tangga) daku suka kongsi cerita. Begitu juga dgn mertua.
Dari hal kesihatan, mengandung, anak & juga kecantikan semuanya mertuaku suka kongsi bersama.

Mungkin sebab daku jenis banyak cakap & banyak bertanya (membebel pun iye ) jadi takde kekok untuk kami  kongsi cerita.. ekekeke


Teringat masa mengandung anak sulung tahun lalu. Mertua sentiasa tunaikan apa je yg terasa nak makan. Memang take care habis la. Dah suami? Ehh suami pun sama jugak la. 
So, kat situ daku dapat 2 perhatian (konon2 macam pewincess) *terima kasih ummi*
Sampai la daku melahirkan dan berpantang semuanya mertuaku uruskan bersama suami & adik ipar (lelaki)



Bila tau pregnant kedua ni pulak, mertua awal2 da cop. 
Bersalin kat kuantan ye, jgn beranak kat johor.
Katanya nak cucu cucu nya made in kuantan
Berpantang ummi boleh jaga.katanya lagi
Tengokkk..! Mak mertua sendiri ofer tau cam anak first dulu. 
Bertuah nye badan :)

kenapa tak duduk rumah sendiri je? 
Senang je jawapannya, tempat isteri di sisi suami 
jadi kat mana suami tinggal di situ la si isteri yang solehah & comel ni ada bersama *gedik*
kehkehke
mertua daku tinggal sorang je kat rumah sejak anak2 da besar & belajar kat Universiti
anak yang ada kat kuantan ni cuma suami ambe, kerja pun kat kuantan
takde sebab nak duduk berjauhan dengan maknye *hakikat*
melainkan mertua ku kawen lagi :D

Dipendekkan cerita, tiada masalah mertua sebumbung
ada jugak saling jaga menjaga
sunyi pun tak..kan 
so, ummi mertua ku.. I Lebiuuu lah! 


love ; bea 

4 comments:

  1. Bertuahnya ada mak mertua. Kak Ain sejak kawin tak mempunyai mak mertua. Cuma sempat jaga ayah mertua selama enam bulan.

    ReplyDelete
  2. ainul hamid: Alhamdulillah, Allah bg rasa ada mak mertua :) walaupun tak sempat rasa ada ayah mertua.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    bertuah dapat mertua yang memahami :-)

    ReplyDelete