Tuesday, 19 March 2013

Mertua sebumbung?


Setahun lebih sudah daku berumah tangga dengan lelaki bernama Abu Zar
Anak kepada arwah Abu Hassan & Hendon 
Selama itu juga la daku tinggal sebumbung dengan mertua yang ku panggil ummi ;)
Selama itu juga la daku kenal lebih lagi pasal mertua ku ini..

mertuaku yg comel :)


Ramai yang berpendapat, duduk dgn mertua ni tak best, takde privasi, ada juga yang tak suka langsung duduk dgn  mertua yg konon nya mertua cerewet, mertua tak suka & mcm2 perspektif yg negatif.
Alhamdulillah, Allah berikan daku mertua yg sangat baik, memahami, dan yg paling best sporting habis macam kawan je.
Segala masalah (selain hal rumah tangga) daku suka kongsi cerita. Begitu juga dgn mertua.
Dari hal kesihatan, mengandung, anak & juga kecantikan semuanya mertuaku suka kongsi bersama.

Mungkin sebab daku jenis banyak cakap & banyak bertanya (membebel pun iye ) jadi takde kekok untuk kami  kongsi cerita.. ekekeke


Teringat masa mengandung anak sulung tahun lalu. Mertua sentiasa tunaikan apa je yg terasa nak makan. Memang take care habis la. Dah suami? Ehh suami pun sama jugak la. 
So, kat situ daku dapat 2 perhatian (konon2 macam pewincess) *terima kasih ummi*
Sampai la daku melahirkan dan berpantang semuanya mertuaku uruskan bersama suami & adik ipar (lelaki)



Bila tau pregnant kedua ni pulak, mertua awal2 da cop. 
Bersalin kat kuantan ye, jgn beranak kat johor.
Katanya nak cucu cucu nya made in kuantan
Berpantang ummi boleh jaga.katanya lagi
Tengokkk..! Mak mertua sendiri ofer tau cam anak first dulu. 
Bertuah nye badan :)

kenapa tak duduk rumah sendiri je? 
Senang je jawapannya, tempat isteri di sisi suami 
jadi kat mana suami tinggal di situ la si isteri yang solehah & comel ni ada bersama *gedik*
kehkehke
mertua daku tinggal sorang je kat rumah sejak anak2 da besar & belajar kat Universiti
anak yang ada kat kuantan ni cuma suami ambe, kerja pun kat kuantan
takde sebab nak duduk berjauhan dengan maknye *hakikat*
melainkan mertua ku kawen lagi :D

Dipendekkan cerita, tiada masalah mertua sebumbung
ada jugak saling jaga menjaga
sunyi pun tak..kan 
so, ummi mertua ku.. I Lebiuuu lah! 


love ; bea 

Tuesday, 5 March 2013

Pengalaman prolong jaundice


Bulan ni haseena 10bulan
Teringat kembali masa haseena baru lahir 10bulan yg lalu
Hari ke4 kelahiran, haseena da ada jaundice


First bacaan bilirubin 12.6mg/dL 
Balik dari klinik terus buat macam2 utk bagi turun bacaan
Bagi air sengkuang cina la, mandi dgn daun belimbing buluh la
Semua da try..
Esoknya, bacaan naik 13.1mg/dL
Kecewa..sob3


Tak putus asa, jemur baby kat cahaya matahari pagi2
Susu badan tak payah cakap la, setiap 2 jam atau 1 jam mesti bagi 
Hari ke8 bacaan tetap naik, 13.9mg/dL
Lagi sekali kecewa..haseena pulak memang suka tidur
Jadi, agak susah nak hilangkan kuning..tak aktif waktu siang


Doktor bagi advice jgn makan jamu, terus breastfeed baby full time
Sejak haseena lahir, tak pernah sentuh jamu
Haseena tetap jugak tinggi bacaan bilirubin dia
Last2 , tanya kawan2 kat komuniti ibu mengandung
Diorang suggest makan anggur hitam


Hari ke10 bacaan haseena turun! 11.6mg/dL
Terasa macam bekesan la anggur hitam tu kan
Still makan la untuk last cek bacaam hari ke 14
Bila pergi cek, bacaan naik mendadak 17.1mg/dL
Sangat terkejut..bali, rumah bebel bebel kat si kecik tu
Dah terpaksa pergi sepital untuk rawatan lanjut & kenal pasti punca


Mungkin disebabkan haseena lahir tak cukup berat iaitu 2.4kg saje walaupun cukup bulan
Faktor untuk membesar dgn cepat tu tinggi kat haseena
Masa pergi hospital, haseena kena amik darah kat tangan 2 kali & dua2 belah tangan
Menangis tak usah cakap, rasa macam nak lepang2 je doktor muda lelaki tu
Sampai biru lebam tangan haseena!


Macam2 dengar sebelum keluar result darah & urine haseena 
Ada yg kata nanti kena tukar darah sbb darah tak serasi la
Bergantung pada tukar darah je tiap 2 minggu sekali ktanya
Allahu! Daku dan suami sentiasa berdoa untuk kesihatan yg baik untuk zuriat2 kami
Tak sanggup tgk anak terseksa tukar darah.
In sya Allah, jgn mikir kan sangat hal-hal macam tu
Boleh buat kita ni sebagai ibu risau & stress
Jalan terbaik, berdoa , berserah pada Allah..
Ha! Yg tukar darah tu juga mungkin disebabkan ada talasemia.


Result keluar seminggu lepas tu, doktor pakar kata enzim2 dlm hati haseena aktif
Disebabkan haseena nak membesar dgn cepat
Agaknya dia ingat 2.4 tu kecik, tu yg nak besar cepat tu..mueh mueh mueh
Darah haseena darah O dan ummi dia darah B+ 
Mungkin juga faktor darah kami tak serasi..tapi tak bermakna kena stop BF 
Terus kan BF, supaya baby dpt lawan jaundice & bg antibodi dia kuat
Alhamdulillah, haseena tiada masalah kesihatan yg lain
Cuma disahkan sebagai Prolong Jaundice
Iaitu demam kuning dalam tempoh yg agak lama
Mungkin 2bulan 3 bulan atau 4bulan


Selama mana haseena kena jaundice ni, kulit haseena memang gelap  mcm anak mamak
Semua orang tegus, kenapa anak gelap mak bapak ceroh
Kekadang  ni manusia sebok nak mikir ke benda lain
Selalu daku jawab sekali jela "kuning cik/kak"
Hakikatnya haseena keluar dari perut merah macam anak tikus
Bila merah + kuning, tak ke gelap? Haishhh


Dalam tempoh 2 3 bulan tu daku tidak la berjamu
Botol jamu beratur je depan cermin solek tu haa
Bila anak da sihat, eh lekat pulak sorang lagi
Guane te nak kurus molek comei tak tauu..HAHA
Kata suami "after bersalin kedua ni la yang,lepas tu no3 jarak jauuuuuhhhhh sikeekk "sambil daku mengangguk tanda setuju
Hatiku berkata ' tah iye tah tidok' kehkeh keh


Hari demi hari, bulan berganti bulan, haseena masuk 3 bulan je jaundice pun berkurangan dan semakin hilang
Nah! Ceroh molek wajah anak ummi
Orang selok dok tanya hitang hitang hitang
Bila da ceroh, bakpe leh ceroh ni? Gebas gebus.
Ase nak lempang pun iye kat deme


Jaundice ni berlaku ada byk faktor
Faktor lain nya setahu daku la kan
Ibu mengandung banyak makan benda yang tinggi MSG
Makanan segera mcm meggi, fast food mcm KFC MCD PIZZA HUT & lain2
Itu kata org la
Tapi mengikut pengalaman daku dulu, jarang makan fast food, banyak makan buah buahan
Anak tetap jugak kena jaundice
Sebab apa pun tak tahu la
Setiap penyakit datang dari Allah, dan Allah juga la yg menyembuhkan
Mungkin itu permulaan ujian buat kami 
Semoga Allah berkahi keluarga kami ini
Ameen ya Rabb !


haseena 1st day

haseena 2 bulan 

haseena 3 bulan

Sunday, 3 March 2013

susu ibu : melegakan gigitan nyamuk

post ni da lama tersmpan dalam draft
jenguk2 draft, baru perasan tak post rupanya
masa ni haseena dalam 3 ke 4 bulan lagi 
sharing is caring!

siapa sangka.. sebenarnya susu ibu boleh melegakan gigitan nyamuk pada bayi ;)
iye ke berkesan ?
Semestinya berkesan 100% ummi sendiri da test kat Haseena beberapa kali
yang terbaru.. Haseena kena gigit nyamuk jam 3pagi, merengek sebab gatal..
Mula2 garu kan untuk dia, dia pun menggaru sama..
Last2 baru teringat petua ni, terus je sapu.. tak sampai berapa minit Haseena da tak menggaru.. bagi susu, terus tidur balik ;)
Yang paling best bila dia bangun jam 7pagi.. Ummi cerita kat Uwan dia yang Haseena kena gigit nyamuk.. Wan tak percaya sebab tak de nampak kesan gigitan pun..
Ummi pun tunjuk gambar.. Hihi.. ;)


sebelum

selepas 


seperti yang kita tahu, ubat seperti MOPIKO tidak sesuai untuk bayi bawah usia 2tahun
so, jalan penyelesaian nya, sapukan beberapa titis susu ibu kawasan gigitan/luka
InsyaAllah.. Bila pagi2 anak bangun, merah2 sebab gigitan nyamuk hilang! yang tinggal hanya kesan jarum nyamuk tu je ;)

selamat mencuba