Saturday, 22 December 2012

second gift from Allah

Alhamdulillah rezeki dari Allah untuk kedua kali nya.
syukur Alhamdulillah..
walaupun terasa awal sangat, sbb haseena baru je 7bulan.
tapi tetap bersyukur dgn rezeki ni.

Semoga Allah lindungi & rahmati kami sekeluarga.
Semoga bayi didalam rahim ini membesar dalam rahmat & lindungan yang maha Esa..

Welcome Baby in mummy tummy !  :)







Wednesday, 6 June 2012

Jaundis / demam Kuning

Da 15hari berpantang. Usia baby Ummul Haseena pun da masuk 15hari ;) 
membesar dengan cantik & comel skali anak ummi .
Alhamdulillah , selama baby ada dengan Ummi , Ummi jaga anak Ummi dengan sebaik mungkin.
Lumrah bagi bayi yang baru lahir , tak lari dari penyakit demam Kuning/ jaundis .
Yang kadang-kadang boleh membawa kepada penyakit yang berlarutan.
Subhanallah, minta di jauhkan baby Haseena dari penyakit-penyakit yang berpanjangan. 
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik pada Ummul Haseena Iman & merahmati anak ummi. 
Sesungguhnya yang memberi kesihatan itu hanya Allah s.w.t 

Hari ni , baby Haseena ada temu janji kat HTAA ( Hospital Tengku Ampuan Afzan) 
Kes - Jaundis yang berpanjangan . Da 14hari still ada jaundis . kalu ikutkan, hari ke 10 aritu da turun da jaundis dia. Tetiba hari ke 14 naik balik jaundis . 
Start kena jaundis hari ke 4 kelahiran Haseena. Hari ke 5 cek bacaan 12.6 - Hari ke6 bacaan 13.1 - Hari ke8 bacaan naik lagi 13.9 .. macam-macam buat . 

Bagi mandi air rebus daun belimbing buluh .
Ummi makan buah anggur hitam - Alhamdulillah turun pada hari ke10 , bacaan 11.6 .
Tapi , pada hari ke14 cek semula , bacaan 17.1 . Naik sangat mendadak ! 
Nasebnya kena refer Hospital.
Mula-mula ingatkan baby mungkin di buh kat bawah lampu biru tu je & amik darah SB cam biasa kat tumit kaki .
Tapi malangnya, semua tu tak dibuat. sebaliknya, Haseena kena amik Urine & amik darah kat tangan. Ini bertujuan nak kenalpasti masalah dalaman sebab demam kuning ni takut ada berkaitan dengan hati atau penyakit lain. Subhanallah. 
Dua-dua belah tangan dia kena cucuk amik darah. 
Bukan sikit , 2 botol kecik. Allahuakbar. Bayangkan baby 2 minggu kena amik darah , dipicit2 nye tangan halus anak ummi tu . Haseena menangis menjerit-jerit tahan sakit. 
Apa tah lagi Ummi & abah dia , Sebelum kena cucuk lagi abah da menangis tengok anak dia kena picit2 tangan doctor cari urat. ;(
Hanya Allah s.w.t je yang tau macam mana sakitnya Haseena. 
Haseena menangis , Haseena sakit , Ummi & Abah pun terasa sama sayang :(
maafkan Ummi sebab tak jaga pemakanan ummi betul2 masa Haseena dalam perut ummi .

Nurse kat tempat cucuk tu siap cakap " kalau tak sanggup tengok anak, boleh duduk luar. Biar je anak kat sini.." Allahuakbar. Takkan la anak tengah sakit kena picit2 amik darah kita sebagai parent nak duduk luar dengar je dia terjerit-jerit menangis. Tak de parent yang sanggup biar anak dia menangis sorang-sorang dalam tu. Puas dipeluk, di pujuk , di bacakan doa kat telinga Haseena nak bagi dia sabar & bertahan. 

Alhamdulillah , anak ummi sangat kuat. Sedu sedan lepas menangis . Lepas tu, terus je bawak keluar Haseena . Haseena senyap , tak menangis lagi . mata Haseena kuyu je lepas menangis. Sedih sangat tengok. InsyaAllah anak ummi akan sehat & tak ape-ape. 

Pape pun, next week hari rabu menunggu keputusan Ujian Makmal kat HTAA. Doakan baby Haseena Sihat hendaknya . dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik . Allahumma ameen

p/s: sambil menaip , sambil tu jugak la mata ni berkaca. terbayang lagi wajah Haseena yang menangis kesakitan tadi ;(


Saturday, 26 May 2012

pengalaman melahirkan little princess

setelah hampir 4hari melahirkan little mujahidah, baru hari ni berkesempatan nak menaip pengalaman melahirkan si kecil ni. Baby da kenyang menyusu & tido , ni la kesempatan utk ummi dia menaip, hehe.
disebabkan ada request dari kawan2 nak tau pengalaman melahirkan ni, so dengan senang hatinya ummi nak berkongsi cerita .

22may2012 - 11:00am
Ada check-up mingguan mcm biasa kat KKIA Kurnia :) masa check-up tu da 38weeks 2days. Nurse kata kepala baby da fully engage - mean da betul2 masuk laluan . nurse yg tgh tulis kat buku pink tu mcm xcaye je da fully engage . sbb bila-bila masa je boleh bersalin . So, bersiap sedia je lah .  sempat lagi nurse2 kat situ ngusik , nurse cakap "silap-silap , malam ni jugak awak bersalin da .. haha " sambil gelak2 . ummi pon senyum je la.. saje nurse ni nak bg org cuak. sepanjang ni, tak de pun tanda2 awal . biasanya kalau anak sulung, ada je tanda-tanda keluar lendir / brownish , sakit sikit2 ke . Tapi ummi tak rasa la pulak.

23may2012 - 2:30am
Tersedar rasa nak terkencing. bangun2 je dari katil ada rasa cecair sikit keluar, panas. ingatkan terkencing sikit ke kan . bau-bau xde pulak bau hancing . cuma bau mcm air kelapa . haha . Lepas je pegi toilet , nak masuk tido balik . tapi tak boleh nak tido terasa perut sakit macam senggugut. pikir2 sakit biasa je , yg pelik nya kejap hilang kejap datang balik. pastu try la catat berapa minit sekali sakit . bila cek , 3 minit sekali sakit (dlm masa 1minit sakit) Terpikir jugak,  tanda2 nak bersalin ke ni . tapi xde pulak keluar lendir or darah. Mulut tak henti2 berzikir , baca doa nabi yunus & ayat Qursi - sambil2 tu doa dalam hati " Ya Allah andai aku akan melahirkan hari ni, permudahkan urusanku , Kuatkan aku & kuatkan bayi ini .."

23may2012 - 3:30am
bangun semula pegi toilet . cek kat panties ada lendir + brownish (darah sikit) , alamak time ni memang da cuak. mcm tanda nak bersalin je ni . Terus je naik atas , kejutkan MIL - terkejut sampai bila sebut mcm nak beranak da ni . hehe . MIL kata sakit sangat ke ? menangkap ke pinggang x ? Ummi cakap xsakit sangat, still boleh tahan , kalau sakit kat pinggang xde la pulak , rasa sakit kat bawah perut je & baby mengeras dari tadi + ada gerak2 . MIL kata xpe la, boleh ke tunggu sampai subuh ? Ummi pun cakap la, still boleh lagi . (alahai dengan yakin nye jawab ) hehe . Husband kat sebelah tak kejutkan pun , sedap je dengar dia berdengkur , tu yang xmo kacau tu . ;p Yela , orang kata anak sulung lama sikit nak bersalin.

23may2012 - 5:00am
sakit makin kuat , dalam tempoh minit yang sama - 3minit sekali. Time ni MIL kejutkan husband , terkejut sampai abi .. hehe . di usap-usapnye rambut isteri dia yang tengah tahan sakit . hehe . tetiba rasa nak buang air besar la pulak , terus je bangun pegi buang air besar & mandi terus . Senang kalau da sampai masa . Lega rasa dapat buang air besar , mungkin Allah nak bagi mudah bersalin . Sementara menahan sakit tu , ummi sempat juga buat solat sunat taubat dua rakaat, solat sunat hajat dua rakaat agar dipermudahkan urusan melahirkan baby ni . Tak lama pastu azan subuh , terus je solat subuh sekali .

23may2012 - 6:00am
cek panties da nampak jelas banyak darah keluar . Encik hubby tengok pun risau je . Tapi ummi sempat lagi baring2 tahan sakit . berguling-guling atas katil . hehe . sakit macam tadi jugak, tapi makin kuat . Masalah nye sakit kat kawasan perut & bawah perut je , baby mengeras sama. Abi da kesian sangat , terus ajak pegi hospital . Kalau ikutkan nak pegi lambat lagi , bukan ape takut bukaan jalan sikit . hehe . degil betul .

23may2013 - 6:45am
Siap-siap pakai baju semua & angkat segala bagai barang keperluan untuk deliver . jalan je sampai tangga depan rumah - jeng jeng jeng . " abang ! air pecahhhhhhhhh.." hambekk.. terkejut sampai. jerit2 abi panggil MIL . start je air ketuban pecah , menjadi-jadi la perut memulas rasa nak meneran. dalam kereta , Ya Allah memang mendebarkan la , rasa baby nak keluar dah . rasa nak teran-teran . sebenarnya tak nak teran , tapi automatik dia nak teran . En. Abi bawak kereta bapak lajuuuu . pasang lampu kecemasan + hon sepanjang jalan . (tu la, degil punya pasal xmau pegi hospital awal ;p  *awak-awak jgn buat mcam saya ye )
Tak lebih dari 5 minit da sampai da hospital . sampai2 je , kebetulan Mak Guard tengah bukak pintu kat unit kecemasan , haha terus terkejut dorang . Kelam kabut amik wilcha - terus si ummi boyot ni di sorong masuk kat tempat cek bukaan . Nurse terkejut ! jalan da fully bukak & rasa kepala baby da . Alahai, tak tahan rasa nak meneran , baby da tolak-tolak nak keluar . " nurse saya rasa nak teran ni nurse .." terkumat kamit jugak la mulut ni berzikir . "kepit dulu.. kepit dulu .. " kata nurse. hehe . dengan lajunya nurse sorong masuk LR bilik 2  kat HTAA . haha (mana tau ada yang bersalin kat tempat yg sama mcm ummi ;p)


23may2012 - 7:00am
Masuk je LR , terus baring atas katil . segala bagai baju tudung semua kena tanggal . pakai baju seksi khas utk beersalin je . naseb semua perempuan takde lelaki . kalau ada , tak tau la guane jadi.  hehe . atas katil tu da meneran2 , ni automatik nak meneran ye. Nurse pulak suruh sabar , dia nak pakai komplete dulu . amboi nurse ni , orang nak beranak sangat da ni . Dah tak boleh nak tunggu da . " nurse saya nak teran daaa nii ! berebut-rebut semua tunggu . Nurse kata sakit je teran . da memang tengah sakit kan . teran kali pertama tak berjaya . Kali kedua tak lepas, terjerit sikit . Nurse kata ' eii jgn jerit .." Ops lupee.. hehe .. Kali ke tiga , tarik nafas panjang2 , tangan pegang kaki ,  sekali pushh terus keluar kepala sekali gus bahu & meluncur lajuuuuuu je baby .

 23may2012 -7:05am
Saat keluarnya kepala baby , belum sempat nurse abiskan kata2 NANTI DULUU , baby da keluar abis da. Suami ku yang tercinta pun tak sempat menyaksikan detik-detik isterinya meneran, nurse panggil je , baby da selamat da keluar . Nurse kata awak pandai teran , mudah sangat awak bersalin . Orang lain tunggu berjam-jam nak bersalin kat luar tu .
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan melahirkan Little Mujahidah - UMMUL HASEENA IMAN BINTI. ABU ZAR :) kali pertama dakap si comel yg dalam perut tu dengan darah2 lagi , Allahu akbar , tak dapat bayangkan . menitik air mata kegembiraan & kesyukuran ummi & abah . 

p/s : orang tanya ape rahsianya bersalin mudah ? saya tak sempat cakap , zauji tercinta da jawabkan - Rahsianya senang je , TAAT pada suami , DENGAR cakap suami . Alhamdulillah 

ini dia si kecil lagi comel : 
23may2012 jam 7:05am - berat baby 2.4KG  dengan tinggi 48cm & ukuran lilit kepala 32cm :)
Lahir sama dengan tarikh lahir abahku SUBOH B.AHMAD yg berusia 53tahun ni - cucu atok ye ni ;p 

Letih meneran tak lega lagi , diteruskan pula sesi mengeluarkan uri , darah beku dalam perut . Part yang tak dapat dilupekan , sesi jahit menjahit . hehe . Kes koyak sendiri tanpa digunting - maklumla baby da tak sabar nak keluar . Seriusly , saat melahirkan si kecik tu tak rasa sakit nye , tapi masa jahit tu , minta maaf banyak-2 . memang sakit . ;) 
Semoga pengalaman ummi ni dapat membantu sedikit sebanyak ibu-2 yang mengandung tu tau tanda-tanda orang lain bersalin mcm mana kan . Good Luck to mommy to be . ^____^ 


Monday, 14 May 2012

10 tips mudah bersalin

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .





sumber : http://norazizah.org/ 

10 tanda-tanda bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

5. Serviks terbuka 
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera :).

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.





sumber : http://norazizah.org/

Thursday, 10 May 2012

menghitung hari

Alahmdulillah.. minggu ni baby da 36weeks bersamaan 8bulan ++ 
tak sabar rasanya nak lihat wajah little caliph ni ..

masa check-up selasa hari tu , baby da berada kedudukan yang betul.. kepala da kat bawah..
cuma belum engage je.. 
berat baby 2437g :) hope nanti da cukup bulan berat baby bertambah la ke 2.8 kg ye syg.. hehe
bersyukur sgt semuanya ok..

lepas ni start check-up seminggu sekali kat Klinik Kesihatan Kurnia (KKK).. 
mana taknya, sekarang tengah dok menghitung hari je.. tinggal 25 hari lagi baby akan melihat dunia 
Allahu akbar ! tak sabar & debaran yang amat sangat .

dear baby ummi , semoga urusan kita dipermudahkan Allah. Ummi harap anak ummi kuat di dalam perut ummi. tak lama je lagi sayang.. Kuatkan dirimu ye syg ummi.. ummi & abah menanti mu dengan penuh kesyukuran & kesabaran :) satu-satunya Anugerah terindah dari Allah buat ummi & abah ..
I love you. 


Monday, 12 March 2012

baby 28weeks

baby kuat sangat menendang ..
agaknye lapar sangat sebab mommy ingat kena puasa untuk minum air gula arini .. 
da tak tahan, mommy pun buat la air banana shake bagi baby senyap .. 
lepas minum je , Alhamdulillah baby xtendang lagi dah ..
so , memang lapar sangat la ni baby ummi ni ! ehehehe 


sihat sihat selalu ye manje 

I LOVE YOU sayang ummi :)

Monday, 23 January 2012

tak rasa pergerakan baby


Soalan:
ISTERI saya kini hamil 23 minggu. Selepas imbasan,doktor mendapati jantina anak saya perempuan. Persoalannya, mengapa isteri saya belum berasa pergerakannya sedangkan sewaktu imbasan, kami dapat melihat pergerakannya dengan jelas. Doktor juga mengatakan anak saya sihat.NICKZI,
Kuala lumpur.

Jawapan:

PADA usia kehamilan 23 minggu, isteri anda sepatutnya sudah mula berasa pergerakan janin dalam kandungannya.Pergerakan janin mula dirasai seawal usia 20 minggu kehamilan bagi kehamilan pertama, malah lebih awal lagi sekitar usia 18 minggu bagi ibu yang hamil kali kedua dan seterusnya.
Pergerakan ini mulanya dirasai sebagai pantulan saja memandangkan saiz janin yang masih kecil dan melantun dalam ruang rahim yang dipenuhi cecair ketuban, pergerakan ini dirasai sekali sekala saja.Kemudian, pergerakan anggota janin (kaki dan tangan) pula dapat dirasai dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali dalam 40 hingga 60 minit, terutama pada waktu senja atau awal malam.
Pergerakan janin pula dapat dilihat seawal usia tujuh minggu lagi, apatah lagi pada usia 23 minggu. Imbasan ultrabunyi pada waktu ini dapat menunjukkan imej janin dengan jelas.Malah, lebih awal lagi, ultrabunyi lanjutan (detailed ultrasound) juga sebaiknya dilakukan sekitar usia kandungan 18 hingga 22 minggu untuk melihat sifat fizikal janin termasuk ketidaknormalan organ dalamannya (seperti jantung, buah pinggang dan hati) serta jantinanya.
Selain itu, doktor juga kebiasaannya mengukur pertumbuhan bahagian kepala, abdomen dan tulang paha serta dipantau melalui carta pembesaran bahagian terbabit.Kandungan air ketuban dan keadaan uri juga dilihat. Semuanya ini dilakukan sebelum doktor mengatakan janin anda sihat.
Namun, pasangan haruslah faham ultrabunyi hanya membantu saja, imej yang dipamerkan juga bersifat bayangan dan terhad kepada organ fizikal saja, ia tidak dapat menilai fungsi kebanyakan organ berkenaan.
Sekiranya isteri masih tidak berasa pergerakan anak, kepastian tarikh haid akhir atau usia sebenar janin serta masalah berkaitan seperti air ketuban terlalu banyak perlu diselidiki.

p/s : Alhamdulillah , bea seawal 19 minggu da rasa pergerakan baby walaupun 1 kali je terasa dalam sehari.. kini usia kandungan da 21 minggu , baby semakin aktif bergerak & tak terkira berapa kali sehari  :) 

Monday, 2 January 2012

10 tips untuk komunikasi dengan pasangan


Sudah semestinya anda akan berkomunikasi bersama pasangan untuk setiap hari. Komunikasi antara pasangan sudah pasti berbeza berbanding orang lain. Jadi apakah tips atau cara komunikasi terbaik apabila anda bersama pasangan?

1. Sedar bahawa disetiap perselisihan faham yang berlaku, tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak kepada penyelesaian terhadap masalah dan bukannya hujah yang disampaikan untuk mempertahankan diri masing-masing.
2. Kompromi atau dengan bahasa yang lebih mudah mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan.
3. Pastikan bahasa tubuh, ekspresi wajah dan nada vokal adalah selaras dengan mesej yang ingin anda sampaikan.
4. Jangan menyampaikan sesuatu isu yang kritikal itu dengan cara berkias. Ia menunjukkan bahawa anda sebenarnya tidak bersedia untuk mengetengahkan perkara tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan anda memahami apa yang anda cuba sampaikan tanpa perasaan curiga.
5. Sekiranya anda tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang muktamad untuk sesuatu masalah, cuba akhiri perbualan tersebut sekurang-kurangnya dengan sesuatu perkara yang positif.
6. Jangan sesekali bersikap biadap terhadap pasangan ketika hubungan anda dilanda masalah. Sebaliknya dengar apa yang mereka cuba sampaikan walaupun perkara tersebut tidak masuk akal sekalipun dan sekiranya anda masih tidak bersetuju, tolak dengan cara yang hormat.
7. Pastikan anda mendengar apa yang pasangan anda cuba sampaikan dengan baik dan berikan maklumbalas yang sepatutnya.
8. Sekiranya perbincangan telah berubah menjadi suatu pertengkaran yang sengit, adalah lebih baik anda mencari jalan untuk menangguhkannya. Masing-masing memerlukan masa untuk menstabilkan kembali emosi yang terganggu supaya dapat membuat pertimbangan yang lebih baik.
9. Fokuskan perbincangan terhadap masalah yang sedang berlaku dan bukannya cuba mengaitkan kesalahan yang lampau.
10. Melibatkan orang tengah mungkin suatu perkara yang tidak baik dalam sesuatu hubungan. Tetapi sekiranya anda berdua menemui jalan buntu, cara ini mungkin akan berhasil.

p/s : sedangkan lidah lagi tergigit , ini kan pula suami isteri :)