Thursday, 1 March 2018

11 weeks of pregnancy

Alhamdulillah, hari ni baby dah masuk 11 minggu 2hari. Sekejap nya masa berlalu. Tak sabar nak tunggu rasa baby gerak gerak + jantina baby.

Ikutkan anak no4 ni kami suami isteri nak baby boy. Supaya harith ada geng. Bapaknya kata kalau dia sorang je lelaki nanti geng kakak main make up make up pulak. Kahkah

Tapi sebenarnya dia la paling ganas sekali kalau dengan kakak kakak. Gengster teruk. Sampai kakak pun kata kakak nak adik lelaki biar harith ada kawan. Kakak pun surrender kawan dengan harith. Hahaha.

Hari ni jugak ada first scan kat KK tadi. Confirm due date & kondisi baby is there or not. Alhamdulillah, baby nampak sihat je dalam tu.

Nah mamy berlanja gambar pertama baby H nombor 4 untuk sahabat blogger mamy.


Assalamualaikum baby H 😍

Kalau ikut dalam scan mamy due date on 20 september. Kalau ikut LMP mamy due date on 18 september 2018. Mamy dah biasa dah dengan due yang tak ngam ni. Sebab anak anak mamy semua lahir 2 minggu awal dari due date. 

So, mamy jangka baby nombor 4 ni pun akan lahir awal 2 minggu dari due date. Previous pregnancy, kakak seena 38minggu 3hari, kakak nia 38 minggu tepat (induce), masa harith mamy bersalin 37minggu 6hari rasanya. Simptom mak anak ramai memang mudah lupa. Kah!

Ok la, jumpa next post pulak. Bai

 

Saturday, 10 February 2018

Hadiah tahun baru 2018

Rupa rupanya, ada sebab kenapa mamy wean off harith aysar. Allah nak bagi hadiah lepas kesedihan mamy bulan 12 yang lalu. Haha

InshaAllah, september 2018 harith gonna be big bro. Ready ke tak tah, yang pasti manja kededek all the time dengan mamy.

Sebenarnya tak plan langsung nak pregnant tahun ni. Sebab mamy dah rancang nak ad baby 2019 nanti. Umur mamy masa tu 29, kira ok lah kan anak no4.  Sekali Allah bagi awal pulak. Mamy terima je la dengan redha. Nak salahkan suami kang, tak adil pulak rasa. Dah dedua tengah 'seronok'. Hahaha

Allah jagakan kandungan mamy. Sebelum tahu pregnant, awal januari camtu la. Mamy giler dok makan nenas tau. Boleh kata sehari tu mamy makan sebijik nenas. Kan orang kata nenas boleh buat miscariage. Tak sangka pulak dia still lekat even mamy telan nenas sebijik. Bukan tu je, dalam masa yang sama pun mamy dok consume Jamu. Nampak tak, kalau dah Allah kata tahun 2018 mamy dapat anak no4, its still will be happen. Hehe

Dari 12 januari sampai la 25 januari mamy tunggu period tak sampai sampai. Lastly cek utp, positif pregnant.

Sekali cek je terus naik double line

Risau sebenarnya sebab makan jamu makan nenas but baby ok. Next mamy kena buat details scan. Moga baby semua sihat sempurna.

Doakan mamy & baby.


Thursday, 28 December 2017

Berjaya wean off harith 2tahun sebulan

Dua tahun sebulan tu bukan tempoh yang sekejap ye menyusu anak. Ikutkan mamy berjaya full breastfeed anak cukup 2 tahun hanya harith aysar sorang. Kakak haseena & hanania dulu 7 bulan je menyusu dengan mamy. Lepas tu minum susu lembu. Kah!

Rupanya menyusu anak lama ni memang mengubah bentuk asal tek kita kan. Elok lawa macam minah salleh, tetiba melayut macam orang dah monopos. Cobaan. Muge suami kita selera lagi. Haha

Cerita sebenar nak bagi tahu yang mamy dah berjaya wean off harith setelah 4hari guna kaedah mudah je! Simple tapi berkesan. Sebelum ni cuba sapu asam jawa la kopi la, dia tak layan you. Elok je dia nenen.

Masa balik kampung hari tu sembang dengan sepupu abah, maklong lijah. Katanya masa dia putus susu anak dulu guna MINYAK IKAN je. Terus stop. Perghhh, padu betul tips maklong ni.

Balik dari kampung, mamy teruskan operasi. Pergi pharmacy beli minyak ikan scott's emulsion original. Nak beli minyak ikan lain mahal bebeno la pulak kan. Yang ni murah je, yang kecik tak sampai RM10.

*Gambar ehsan google

Bermula operasi mamy pada 21 disember 2017 mengunakan minyak ikan yang meloyakan abad ini. Haha. Cop! Make sure sediakan botol susu + susu formula untuk minum tengah malam.

Hari pertama sapu, dia tak layan. Nenen gak, suruh basuh. Mamy tewas, sebab kesian lak budak ni merengek bagai. Hari kedua try ada nampak pengurangan. Bila mamy kata "Eee busukkk wek wek." Dia pun lari tak nak dekat. Haha. Ada sekali dia hisap terus rasa nak muntah. Mamy la orang paling suka sekali. Kahkah.

Bila malam mamy make sure bagi dia minum susu formula dulu. Dia tak nak minum botol, jadi mamy bagi dalam cawan. Malam dia lena la sikit kan. Masuk hari ke tiga dia dah start tak cari nenen. Cuma malam la suka menangis nak nenen. Tapi sebab dah ready botol + susu tinggal bancuh je bagi dia minum. Memula macam dia tak rela, masuk hari ketiga dia start adapt susu baru. Ke si an. 

Dan hari ke empat, mamy pun hura hurayyy sebab dia dah tak nak nenen. Suami mamy kata, bukan anak je loya bau minyak ikan tu..abang bau pun nak muntah. Hahahaha

Budak yang dah wean off tu 


Hari hari seterusnya dia mencari gak, tapi mamy still sapu kalau time dia nak tu. Kesian tu kesian, tapi dia lagi kesian. Susu mamy dah takde lemak. Dia pun jadi tak berlemak. Berat tak naik naik. Doc pun suggest untuk stop breastfeed or topup susu formula. Baik stop terus kan? 

Dah, tu je tips simple nak stopkan anak menyusu badan. Boleh la jaga body pulak lepas ni. Kot kot la dapat bentuk asal balik, syukurrrr ya Allohhh. 

Terima kasih sudi baca tips mamy. Moga bermanfaat & good luck!